When Girl Meet World
Persediaan Sebelum Menghadiri Temu Duga :D
Saturday, January 28, 2012 8:51 PM | 0 comments

Assalamualaikum kengkawan-kengkawan sekalian !
yah..hari nie saya akn brkongsi srba sdikit tntang tips-tips mnghadiri temuduga..yap.mybe skarang rmai org yg x sabar2 nk hadir temu duga kn..tambah2 klau nk keja nnt.of coz smua nk yg trbaik kn,even me also.(wlaupun I`m still young)hee~~
ok2.let`s continue ya.. ;)


1. Membuat penyelidikan
Lakukan penyelidikan(research) tambahan mengenai latarbelakang syarikat yang anda pohon. Dapatkan maklumat, jenis industri ataupun pencapaian membanggakan sesebuah syarikat. Ini menunjukkan yang anda benar-benar berminat bekerja di syarikat tersebut. Semuanya akan terserlah semasa sessi temuduga nanti. :)

Anda boleh bertanya dengan kenalan anda di syarikat tersebut (jika ada), melakukan carian di internet, akhbar atau majalah serta lain-lain sumber yang boleh dipercayai

Selain itu, buatlah persediaan dengan menyediakan skema jawapan anda sendiri bagi soalan-soalan yang biasa ditanya oleh panel.

Antara soalan yang biasa di tanya adalah;

- Anda tinggal di mana dan adakah mengalami masalah untuk sampai ke sini(tempat temuduga)?

- Ceritakan tentang diri anda(myself).

- Apakah kekuatan dan kelemahan anda?

- Kenapa anda berminat bekerja dengan syarikat ini?

- Apakah aktiviti ko-kurikulum anda semasa di sekolah/kolej/university?

2. Kenalpasti lokasi temuduga
Pastikan anda benar-benar tahu di mana lokasi sebenar temuduga tu. Sama ada di "main office" ataupun di cawangan lain.

Selain itu, semak tarikh dan masa. Jangan sampai tersalah. Kalau was-was, telefonlah pihak Pengurusan Sumber Manusia(HR) atau pihak terbabit untuk mengesahkannya.

3. Kemaskan penampilan diri
Beberapa hari sebelum temuduga, lihatlah penampilan diri anda di depan cermin. Adakah imej anda sekarang ni sesuai untuk menghadiri temuduga?

Bagi lelaki, pastikan rambut anda kemas. Kalau menyimpan misai, berjanggut atau berjambang, pastikan anda mencukurnya. Kalau tak mahu cukur, pastikan anda "trim" dengan kemas.

Kalau ada bulu hidung yang terkeluar, kasi potong. Begitu juga dengan kuku. Pastikan ia pendek dan kemas.

Wanita pun sama gak. Pastikan penampilan anda kemas dan bersesuaian. Pastikan muka anda tiada bulu roma yang berlebihan.

Secara umumnya, pastikan badan dan nafas anda tidak berbau semasa berada di bilik temuduga nanti. Pakailah pewangi yang tidak terlalu kuat baunya dan deodoran. Untuk kesegaran nafas, bolehlah makan gula-gula pudina.

4. Cara berpakaian
Cara anda berpakaian bergantung kepada jenis industri. Kalau anda memohon jawatan dalam bidang kreatif seperti muzik, gayanya berbeza dengan bidang yang lebih serius seperti perbankan dan perundangan.

Untuk bidang kreatif, anda boleh berpakaian selain daripada gaya konservatif.

Namun, kebanyakan pihak HR menggalakkan anda hadir dengan gaya konservatif walau apa jua bidang yang anda pohon.

Gaya konservatif kat sini bermaksud cara pemakaian yang sederhana dan rasmi.

Buat golongan lelaki, anda disyorkan memakai kemeja polos lengan panjang berwarna putih(atau lembut) dan berseluar gelap. Contohnya macam biru, hitam atau kelabu. Elakkan warna kuning mustard dan ungu sebab ia bukan warna konservatif. Tali leher pula biarlah yang sesuai. Jangan pakai yang ada gambar kartun sudah.

Untuk menyerlah penampilan anda, pakailah "cufflink" dan berkot kalau mahu.

Calon wanita pula boleh memakai baju kurung, skirt(menutup lutut), blouse ataupun sut. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan berwarna terang. Make-up pun biarlah sederhana saja.

Selepas menyiapkan kelengkapan atas, bahagian bawah badan jangan dilupa. Apa lagi kalau bukan stokin dan kasut.

Bagi lelaki, pastikan anda memakai stokin yang sama warna dengan seluar dan berkasut hitam. Kalau takde, kasut berwarna coklat gelap pun boleh. Hah, kasut tu pastikan bersih dan berkilat tau.

Sebaliknya, calon wanita hendaklah memakai sarung kaki yang berwarna kulit dan memakai kasut pula yang bertutup dan bukannya bertumit tinggi.

Akhir sekali, anda boleh membawa beg bimbit untuk meletakkan surat iringan, resume dan dokumen tambahan seperti sijil-sijil.



OLD | NEW